Friday, January 15, 2016

HAJAT TAK KESAMPAIAN...

Bismillah...

Berat rasa hati untuk menulis. Tapi kugagahkan juga demi pedoman masa hadapan. Setelah hampir 5 tahun blog ini tak ku usik, kini aku kembali menulis.

Pada tanggal 20 Oktober 2015 lalu, berakhirnya cinta kami. Cinta yang aku sangkakan akan berakhir ke jinjang pelamin akhirnya putus juga.

Patutlah ulangtahun kelahiranku yang ke 31 disambut hambar. Hanya sekadar ucapan melalui Whatsapp. Namun pada waktu itu tak sedikit pun terdetik bahawa malapetaka akan berlaku. Bagiku mungkin pada masa itu Ms. Luvly terlalu sibuk dengan kerjanya. Seperti tahun-tahun biasa pada bulan Oktober memang Ms. Luvly akan sibuk dengan LPGA dan seperti biasa juga aku akur dan menunggu.

Dan pada 11 Oktober 2015 aku berangkat ke Shanghai, China untuk urusan kerja selama seminggu. Sengaja aku minta Ms. Luvly untuk hantar ke KLIA namun Ms. Luvly menolak kerana pada hari tersebut sedang berlangsung LPGA. Sekali lagi aku akur kerana bagiku kerja dan masa hadapan Ms. Luvly lebih penting. Namun aku usahakan untuk berjumpa Ms. Luvly pada malam 10 Oktober 2015 supaya tidak kerinduan selama seminggu nanti. Kami cuma sempat berjumpa sebentar sahaja di dalam kereta. Ms. Luvly kelihatan penat dan agak dingin. Lalu aku singkatkan pertemuan kami supaya Ms. Luvly boleh pulang rehat awal. Walaupun agak terkilan dan kecewa, Kupujuk hati mengatakan yang mungkin Ms. Luvly kepenatan dan stress kerana kerja.

Sepanjang berada di Shanghai selama seminggu aku kerap menghubungi Ms. Luvly melalui Whatsapp. Segalanya berjalan seperti kebiasaan. Tiada apa yang lain dan mencurigakan. Tiba masa untuk pulang, aku minta Ms. Luvly untuk jemputku di KLIA. Namun sekali lagi Ms. Luvly menyatakan yang dia tidak dapat berbuat demikian. Tanpa rasa ragu aku sekali lagi akur dan akhirnya aku selamat tiba di tanah air pada 18 Oktober 2015.

Setelah pulang, apa yang paling aku tak sabar untuk lakukan adalah untuk bertemu dengan kekasih hatiku. Pada 20 Oktober 2015 aku hubungi Ms. Luvly untuk mengajak bertemu. Namun perbualan kami agak dingin dan aku mula merasakan sesuatu. Dan akupun bertanya pada Ms. Luvly.

Tanpa disangka-sangka Ms. Luvly minta untuk diputuskan hubungan kami. Aku tergamam. Dunia terasa seperti berhenti berputar. Namun kugagahkan hati dan meminta penerangan dari Ms. Luvly. Dia menyatakan yang dia sudah tidak lagi cintakan diriku. Tidak lagi merasa rindu bila tidak bertemu. Dan yang paling tak boleh kulupakan ialah "no more excitement".Lalu aku bertanya pada Ms. Luvly adakah hatinya sudah dicuri dan adakah dia sedang berhubungan dengan lelaki lain? Namun dengan penuh keyakinan dia menyatakan bahawa tiada sesiapa dihatinya. Dan dengan berat hati aku lepaskan Ms. Luvly secara baik kerana menghormati permintaannya.

Setelah sebulan hidup tanpa Ms. Luvly, seorang sahabat memperkenalkan bakal kakak iparnya, Nickey kepadaku. Dan kami mula berkenalan dan menjadi agak rapat buat seketika. Pada mulanya aku agak yakin bahawa Nickey boleh mengubat hatiku. Namun setelah beberapa ketika, aku tersedar aku masih belum move on. Dan aku masih lagi sayangkan Ms. Luvly. Lalu aku putuskan hubungan dengan Nickey dengan penuh rasa bersalah kerana membabitkannya dalam kecelaruan perasaanku. Bagiku lebih baik aku hidup menderita bersendirian daripada aku menyakiti hatinya.

Lalu aku mula memasang angan untuk menawan semula hati Ms. Luvly kerana aku yakin bahawa tiada siapa yang boleh membahagiakan diriku selain daripadanya. Namun dengan tanpa diduga aku mendapat perkhabaran bahawa Ms. Luvly sedang bercinta bersama seorang jejaka yang berkerja di pejabat yang sama. Dan lelaki tersebutlah juga yang pernah cuba menggoda Ms. Luvly suatu masa dahulu dengan meninggalkan "love quotes" di atas meja Ms. Luvly. Ternyata aku gagal mempertahankan Ms. Luvly dan cintaku dari dirampas. Mungkin aku terlalu yakin pada waktu itu. Kerana pada waktu tersebut kami sudah mula merancang perkahwinan kami. Kami sudah mencari tempat untuk majlis resepsi dan sebagainya. Namun perancangan kami terpaksa ditunda kerana perkahwinan Alang pada November 2015. Pada waktu itu Ms. Luvly juga minta aku menunda tarikh merisik selepas majlis Alang kerana rumah bersepah katanya. Namun itu semua kini hanya tinggal kenangan.

Kini perkhabaran terbaru yang aku terima adalah Ms. Luvly akan bertunang dengan kekasih barunya pada Tahun Baru Cina yang bakal tiba kurang sebulan lagi. Betapa luluh hati ini bila mendengar berita ini.

Adakah begitu mudah cinta kami selama hampir 6 tahun digantikan? Senangkah melupakan diriku yang bersama dengannya dalam susah dan senang selama ini? Apakah yang telah aku lakukan sehingga aku dibuang begitu sahaja seperti sampah dan dedaunan kering?

Aku menjadi bingung sebingung-bingungnya. Tak tahu apayang perlu kulakukan. Perlukah aku menawan kembali hatinya? atau redha dengan ketentuan Illahi? Bagaimana dengan janji-janji yang ditabur selama ini? Jika betul awak betul dah tak sayangkan saya kenapa perlu bodohkan saya? Kenapa perlu pura-pura buat persediaan perkahwinan kita?

Kini aku sedar manusia boleh berubah sekelip mata. Walau seribu kebaikan yang kita lakukan, satu kesilapan boleh membuat orang yang paling kita sayangi berpaling tadah dan menjadi penghancur kepada segalanya.

Pengubat pada lara hati ini kini hanya dua. Satu pada awak, Ms. Luvly dan satu lagi pada Allah S.W.T...

"Goodbye My Lover"

Did I disappoint you or let you down?
Should I be feeling guilty or let the judges frown?
'Cause I saw the end before we'd begun,
Yes I saw you were blinded and I knew I had won.
So I took what's mine by eternal right.
Took your soul out into the night.
It may be over but it won't stop there,
I am here for you if you'd only care.
You touched my heart you touched my soul.
You changed my life and all my goals.
And love is blind and that I knew when,
My heart was blinded by you.
I've kissed your lips and held your hand.
Shared your dreams and shared your bed.
I know you well, I know your smell.
I've been addicted to you.

Goodbye my lover.
Goodbye my friend.
You have been the one.
You have been the one for me.

I am a dreamer and when I wake,
You can't break my spirit - it's my dreams you take.
And as you move on, remember me,
Remember us and all we used to be
I've seen you cry, I've seen you smile.
I've watched you sleeping for a while.
I'd be the father of your child.
I'd spend a lifetime with you.
I know your fears and you know mine.
We've had our doubts but now we're fine,
And I love you, I swear that's true.
I cannot live without you.

Goodbye my lover.
Goodbye my friend.
You have been the one.
You have been the one for me.

And I still hold your hand in mine.
In mine when I'm asleep.
And I will bare my soul in time,
When I'm kneeling at your feet.

Goodbye my lover.
Goodbye my friend.
You have been the one.
You have been the one for me.

I'm so hollow, baby, I'm so hollow.