Setelah lama tak menulis, hari ini aku terpanggil untuk mencoret di dalam blog yang dah lama ku tinggalkan..mungkin kerana terlalu sibuk dengan kerja agaknya..Ramadhan sudah berlalu dan Syawal kian menjelma..oleh itu ku gagahkan diri utk pulang ke kampung menyambut lebaran seperti yang ku lakukan setiap tahun..tersentap sedikit di hati kerana adik-beradik yang lain tidak pulang beraya bersama..teringat kata-kata mak teh dulu semasa emak baru-baru lagi pergi.. "Korang bila mak dah tak ada nie jangan tak balik pulak..balik lar jenguk rumah, jenguk mak teh kat kampung nie.." Waktu itu semuanya mengangguk..tapi masuk syawal yang ini, dah 2 tahun aku beraya sendirian..aku tak kisah balik seorang..sebab tak sanggup biar mak sendiri di malam raya..kata orang, pada malam raya, roh-roh org yang meninggal akan pulang ke rumah sebelum kembali ke 'sana'..betul atau tidak, Allahualam.
Sebelum btolak pulang ke kampung, aku singgah sebentar di Sunway Pyramid.. Dah lama ku niatkan nak beli hadiah untuk abah sempena hari raya..lalu ku pilih set belt & wallet utk abah..harap abah akan suka..kemudian sehelai baju ku beli utk berhari raya..itu sudah mencukupi bagiku..semenjak kepergian mak, aku dah tak bershopping sakan untuk raya..mungkin tiada mood agaknya..baju melayu pun baru tahun ini ku tempah baru setelah 4 tahun berbaju melayu putih, sebagai tanda berkabung..selesai membeli, aku bergegas ke rumah yang tersayang..katanya nak memberi maruku untuk dikirim kepada mak teh di kampung..sambil itu aku juga ingin menghantar coklat utknya..sampai di rumah si dia, dia minta aku menghantar ke kedai utk mbeli barang..selesai itu si dia ku hantar pulang ke rumah. Sebelum keluar dari kereta, kami sempat bersalaman dan bermaafan..rasa terharu menyinggah di hati..perasaan gembira yang tak dapat digambarkan..
Setelah si dia ku tinggalkan di rumah, aku teruskan perjalanan ke rumah abah di sungai besi utk menghantar hadiah dan yang utama sekali utk bersalaman dan bermaafan dengan abah..dalam perjalanan, radio ku pasang utk menambah mood raya..berkumandang lagu 'Musafir di Aidilfitri' dendangan jeffry din..sampai di verse "pusara ayah dan juga ibu, di pagi raya hamba kunjungi.." Tiba2 airmataku tidak semena2 bercurahan..dan serentak itu wajah mak dan abah terbayang di mata..teringatkan mak yang sudah 4 tahun meninggalkanku..walaupun sudah agak lama, tapi hatiku tetap hiba bila mengenangkan mak..tersinggah di fikiranku wajah abah yang sudah tua..tahun ini sudah 77 umur abah..entah berapa kali hari raya sahaja lagi utk aku bersama abah..mencium tangannya yang sudah kedut dan memeluk tubuhnya yang kian lemah di mamah usia..aku tidak akan sesekali menyalahkan takdir andai abah pergi..namun aku selalu berdoa agar abah sentiasa dipanjangkan umurnya..
Blog ini ku tulis semasa menunggu abah pulang dari mengerjakan sunat tarawih...Semoga perjalanan pulang ke kampung akan berjalan lancar..Salam aidilfitri..Maaf Zahir dan Batin...